Selamat Datang

ke halaman blog Hal Ehwal Murid SMK Taman Sutera Johor Bahru.

Selamat Datang

ke halaman blog Hal Ehwal Murid SMK Taman Sutera Johor Bahru.

Selamat Datang

ke halaman blog Hal Ehwal Murid SMK Taman Sutera Johor Bahru.

Selamat Datang

ke halaman blog Hal Ehwal Murid SMK Taman Sutera Johor Bahru.

Selamat Datang

ke halaman blog Hal Ehwal Murid SMK Taman Sutera Johor Bahru.

Thursday, 19 January 2017

KOLEKSI RPT KSSM TINGKATAN 1 - TINGKATAN 5

Tuesday, 6 January 2015

KRITERIA KEMASUKAN MURID TINGKATAN 4 ALIRAN SAINS MULAI TAHUN 2015 BERDASARKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PERINGKAT MENENGAH RENDAH


    Berikut adalah kriteria bagi kemasukan murid ke aliran sains.
       1.      Murid mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam Sains dan Matematik

       2.      Murid yang mendapat gabungan gred A/C, B/C atau C/C dalam Sains dan Matematik,         
              mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut serta 
              berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik

       3.      Kes Khas : Murid yang mendapat gabungan gred A/D, B/D atau C/D dalam Sains dan 
             Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut 
             serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik.


    Sila muaturun SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 22       TAHUN 2014 di url berikut :        
    http://moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2014/circularfile_file_001199.pdf



            **foto dikongsi dari http://abihulwa.blogspot.com/




Thursday, 27 November 2014

Takwim Persekolahan 2015

Dah lama karam...

Assalamualaikum.. semua .. apa khabar? dah lama juga rasanya blog ni  tenggelam...  tanpa sebarang post terbaru dari admin GPK HEM... lihat pada hit ok la jugak pada blog yang tak seberapa ini... Baru semalam dapat semula recover email dan password  yang telah hilang dari ingatan buat seketika... hahaha.. maklum je la.. dah jadi pelupa semenjak dua menjak ni... Ni baru cuba-cuba buka balik dashbod ...edit balik mana yang patut.. banyak yang saya lupa tentang coding HTML ni....  Ok selamat bercuti ..... wasalam..

Wednesday, 22 February 2012

TATACARA DISIPLIN MURID PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959

TATACARA DISIPLIN MURID PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959 


1.0 PENDAHULUAN


Sekolah bukanlah sebagai badan pengajar sahaja.
Ia mempunyai tujuan mendidik dalam ertikata yang lebih luas.
Murid-murid sepatutnya mendapat bukan sahaja pengetahuan dan kebolehan intelektual yang diuji melalui peperiksaan, tetapi juga kebolehan intelektual, mutu moral dan social secara amnya, di mana ketiga-tiga aspek ini tidak diuji secara formal. 


2.0 PIHAK BERKUASA DISIPLIN 


Peraturan 4, dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu, mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu.


Walau bagaimana pun, di bawah peraturan-peraturan tersebut Guru Besar diperuntukkan untuk menurunkan kuasa disiplin dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu dan dalam menurunkan kuasa itu tertakluk kepada syarat-syarat atau had-had yang difikirkannya patut.


Selain Guru Besar, Pendaftar Sekolah atau Pendaftar Besar juga diberi kuasa bagi menjaga disiplin di sekolah-sekolah.


Apabila menerima perintah bertulis sama ada dari Pendaftar Sekolah atau Pendaftar Besar, Guru Besar di bawah kuasa yang diberi oleh Peraturan 6 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, hendaklah segera mematuhi perintah itu. 


3.0 PERATURAN YANG HARUS DIPATUHI DALAM MENJALANKAN KUASA DISIPLIN


3.1 Di samping kuasa dan budi bicara yang diberikan kepada pihak berkuasa disiplin sepertimana yang diperuntukkan dalam undang-undang kecil, dalam pelaksanaannya, pihak berkuasa disiplin haruslah mengamalkan keadilan.


Peraturan-peraturan yang lazimnya disebut sebagai ‘natural justice’ hendaklah juga diberi perhatian.


3.2 Hak untuk didengar (hearing).


Peraturan ini menentukan bahawa seseorang itu mempunyai hak untuk dibicarakan iaitu hak untuk membela diri dan ini merangkumi keseluruhan maksud prosedur yang adil sehinggalah dalam hal-hal mengendalikan masalah kanak-kanak.


3.3 Peluang yang diberi haruslah munasabah.


Seseorang itu haruslah mendapat peluang yang menyatakan kesnya dan dia juga belum boleh didapati bersalah atas sebarang salah laku yang membolehkan dia dihukum atau hukuman berkenaan yang dicadangkan itu lebih berat dan melampau daripada apa yang sepatutnya dia terima.


3.4 Walau bagaimana pun, pihak berkuasa disiplin tidaklah diharapkan bertindak seperti di mahkamah.


Sesuatu kes itu boleh didengar secara lisan atau dimaklumkan secara bertulis dan ini bergantunglah kepada sifat dan beratnya tuduhan itu.


4.0 LANGKAH-LANGKAH YANG HARUS DIAMBIL


4.1 Langkah Pertama bagi tindakan disiplin adalah menerima aduan.


Tanggungjawab Guru Besar adalah mempastikan kebenaran aduan itu dan mempastikan sama ada kes itu bersabit (prima facie) atau tidak.


Langkah berikutnya adalah membuat siasatan awal serta mengumpul bukti serta menentukan kebenaran dan bukti-bukti tuduhan.


4.2 Langkah Kedua membuat kesimpulan dari bukti-bukti untuk menjawab kes bersabit (prima facie) itu.


Sebelum mengenakan sebarang perintah hukuman, peluang yang munasabah hendaklah diberi kepada murid itu untuk menafikan kesalahannya dan menegakkan kebenarannya.


4.3 Langkah Ketiga haruslah diambil untuk membolehkan murid beri sebab ( To Show Cause ) jika murid itu menafikan kesalahannya.


Maksud beri sebab di sini adalah pihak berkenaan itu diberi peluang untuk menyatakan kesnya, iaitu untuk membela diri dan memberi bukti bahawa tuduhan-tuduhan yang dihadapkan itu tidak betul.


4.4 Langkah Keempat mestilah diambil untuk membuat keputusan dan dapatan Guru Besar.


4.4.1 Dapatan Guru Besar Sekiranya murid itu boleh memberi keterangan yang memuaskan dan dia dapat membebaskan dirinya daripada tuduhan yang dihadapkan kepadanya, maka Guru Besar boleh membuat keputusan bahawa tuduhan itu tidak ada bukti dan tindakan selanjutnya adalah tidak perlu.


4.4.2 Pengakuan atau Didapati bersalah


Jika murid mengaku melakukan salah laku, sebagai alternatif, selepas mendengar keterangan Guru Besar mendapati bahawa tuduhan itu mempunyai bukti-bukti, maka dia hendaklah membuat keputusan terhadap hukuman yang hendak dikenakan terhadap pesalah itu. 


5.0 FAKTOR ASAS YANG PATUT DIRANGKUMKAN DALAM DASAR GURU BESAR TERHADAP HUKUMAN


Mengenai kesalahan-kesalahan yang terkumpul di bawah undang-undang jenayah umum di mana jenayah yang diadukan itu tidak dilakukan dalam kawasan sekolah, walau pun mengambil tindakan disiplin tidak dilarang, adalah lebih baik bagi Guru Besar menunggu hasil keputusan mahkamah sebelum tindakan disiplin dikenakan.


5.1 Masalah Hukuman


Adalah jelas berbagai-bagai salah laku mungkin berlaku di sekolah, di mana hukuman-hukumannya tidak dapat ditentukan dengan berpandukan kepada undang-undang sebab undang-undang telah meletakkan kuasa mutlak kepada Guru Besar untuk memilih hukuman yang sesuai.


Setelah mendengar sesuatu kes itu, Guru Besarlah orang yang lebih memahami akan fakta-fakta dan keadaan-keadaan dalam masa salah laku itu terjadi.


Dialah yang lebih menyedari akan sifat dan latar belakang murid yang melakukan kesalahan itu.


Dengan itu, Guru Besarlah juga orang yang amat sesuai menentukan apakah hukuman yang paling setimpal bagi sesuatu salah laku yang berkaitan.


Tindakan-tindakan disiplin kerana kesalahan yang dilakukan hendaklah bersifat adil dan tegas supaya dengan tindakan-tindakan itu, murid dapat dibimbing ke jalan yang menghindarkannya dari melakukan perbuatan-perbuatan salah laku yang sama.


Dengan demikian dapatlah murid itu memahami perlunya ia berbudi bahasa, bermurah hati, mempunyai keluhuran diri dan juga mempunyai sifat merendahkan diri dan juga mempunyai aturan dan disiplin yang baik.


Faktor-faktor penting yang patut dijadikan asas dalam dasar Guru Besar menyeragamkan tindakan mengenakan hukuman adalah seperti berikut ;


5.1.1 Beratnya Kesalahan


Lebih serius salah laku itu maka lebih beratlah hukuman yang dikenakan.


Cara pemeringkatannya bergantung kepada tujuan orang yang membuat kesalahan itu dan setakat mana perbuatan itu membahayakan.


Lebih kuat tujuan sesuatu perbuatan salah laku itu, lebih meningkat bahaya yang didatangkan, maka lebih beratlah pula hukuman yang patut diberikan.


5.1.2 Perwatakan dan latar Belakang Murid.


Dalam menentukan apa hukuman yang sesuai, Guru Besar tidak sepatutnya berpuas hati setakat menyesuaikan hukuman dengan kesalahan.


Pertimbangan hendaklah diberi kepada perwatakan, sejarah dan latar belakang murid yang melakukan kesalahan.


Hukuman yang dikenakan tidak sepatutnya disesuaikan dengan kesalahan tetapi juga kepada yang melakukan kesalahan itu.


5.1.3 Kekerapan Kesalahan dan kesungguhan Murid Yang melakukannya.


Lebih kerap kesalahan itu berlaku atau lebih bersungguh-sungguh murid itu melakukannya maka lebih beratlah hukuman yang boleh dikenakan.


6.0 PENGERTIAN HUKUM


Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman yang menyakitkan bagi sesuatu salah laku.


Terdapat tiga unsur utama dalam pengertian hukuman ;


6.1 Ia hendaklah merupakan aspek hukuman yang bersifat memberi balasan kepada sesuatu kesalahan yang telah dilakukan.


6.2 Hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke atas yang dihukum.


6.3 Hukuman melibatkan sesuatu yang tidak menyenangkan dikenakan ke atas yang bersalah, ia boleh jadi tindakan fizikal bersifat positif yang menyakitkan, atau menafikan sesuatu yang disukainya. 


7.0 NILAI HUKUMAN


7.1 Pertimbangan hendaklah dibuat oleh Guru Besar tentang keperluan mengenakan sesuatu hukuman yang boleh memberi kesan mencegah bukan sahaja kepada mereka yang berkemungkinan melakukan kesalahan yang serupa, tetapi juga kepada yang melakukan salah laku itu sendiri supaya mereka tidak mengulangi salah laku itu.


Satu system hukuman bersifat mencegah adalah bergantung kepada beratnya hukuman itu.


7.2 Guru Besar juga hendaklah menimbangkan pemulihan sebagai satu unsur hukuman iaitu hukuman yang dikenakan sesuai dengan yang bersalah.


Dalam memberi pertimbangan kepada hal ini, Guru Besar hendaklah jangan lupa akan perlunya hukuman untuk salah laku yang telah dilakukan dan perlunya hukuman itu menjadi sebagai pencegah kepada murid-murid lain yang mungkin melakukan kesalahan yang serupa. 


8.0 HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN


8.1 Pembuangan


Seseorang murid yang telah melakukan salah laku atau tingkahlaku yang mengganggu berulang-ulang kali dan didapati tidak berubah selepas tindakan memulihnya diambil oleh Guru Besar atau tingkah lakunya mendatangkan gangguan yang serius kepada murid-murid lain dan terhadap keseluruhan disiplin sekolah, tindakan yang sesuai diambil ialah mengarahkan pembuangannya dari sekolah.


8.2 Penggantungan


Dalam keadaan di mana seorang murid itu berkelakuan liar dan mengganggu sehingga perlu ia diasingkan dari sekolah manakala menunggu hasil siasatan mengenai cara yang paling sesuai untuk menghadapinya, Guru Besar boleh mengarahkan penggantungan persekolahan murid itu.


Penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang murid itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah atau menikmati sesuatau kemudahan sekolah.


Penggantungan adalah bersifat sementara sahaja dalam jangka masa yang berpatutan.


8.3 Lain-lain Hukuman Biasa


Dalam hal ini, Guru Besar dikehendaki menggunakan budi bicaranya dengan bijak dalam mengenakan sebarang hukuman yang difikirkan sesuai.


Hukuman yang pada hemat orang ramai tidak sesuai seperti yang berbentuk penyeksaan, cacian di khalayak ramai atau lain-lain hukuman yang liar hendaklah dielakkan.


Di antara hukuman-hukuman biasa yang boleh dikenakan adalah seperti berikut ;


8.3.1 Hukuman Dera ( corporal punishment )


Hukuman dera ( rotan ) boleh dikenakan ( kecuali ke atas murid-murid perempuan ) tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.


Di bawah peraturan ini [ Subperaturan 5 (1) ] menjelaskannya dengan syarat bahawa ;
( a ) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang ; dan
( b ) hukuman dera kepada murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah dijalankan hanya oleh Guru Besar atau pun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.


8.3.2 Penahanan ( detention )


Penahanan adalah untuk mengawal murid-murid yang jahat ( delinquent ) supaya tingkah lakunya pada masa akan dating diharap dapat dipengaruhi dan dibaiki dengan cara menafikannya dari menikmati dan menggunakan masa lapangnya.


Arahan penahanan itu hendaklah menentukan masa dan jumlah jam seseorang itu ditahan.


8.3.3 Denda


Dalam hal sama ada denda sebagai satu hukuman terpulanglah kepada Guru Besar ingin mempertimbangkan secara teliti hubungan antara denda dengan kemampuan seseorang murid untuk membayar denda itu.


8.3.4 Amaran


Amaran adalah sesuai apabila Guru besar, setelah mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan kelakuan murid yang telah melakukan salah laku itu, berpendapat bahawa adalah kurang wajar dikenakan hukuman yang lebih berat lagi. 


9.0 HUKUMAN DERA ( CORPORAL PUNISHMENT )


Hukuman Dera yang dimaksudkan adalah Rotan, di mana boleh dikenakan ( kecuali ke atas murid-murid perempuan ) tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.


Hukuman Dera atau Rotan adalah sangat berguna dan berkesan apabila dijalankan sebaik-baik sahaja sesuatu salah laku itu dilakukan oleh murid.


Namun begitu ianya hendaklah dibuat setelah sesuatu salah laku itu telah dapat disahkan.


Kesan hukuman dera bukan hanya sebagai pencegah kepada yang lain tetapi yang penting ialah kesannya ke atas yang melakukan kesalahan itu sendiri.


Mengikut Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, hukuman dera hendaklah dijalankan oleh Guru Besar sendiri atau oleh seorang guru yang berdaftar yang telah diberikan kuasa oleh Guru Besar sama ada secara nyata atau khas iaitu mengikut keadaan.


Adalah mustahak bagi Guru Besar yang menurunkan kuasa hukuman dera kepada guru lain mempertimbangkan hubungan antara murid berkenaan dengan guru yang menjalankan hukuman dera itu.


Dalam hal mengenakan hukuman yang menyebabkan rasa sakit seperti yang dibuat melalui hukuman dera, hukuman hanya dapat diterima jika murid itu mempunyai perasaan suka atau sekurang-kurangnya hormat kepada guru yang menjalankan hukuman itu.


Murid yang berkenaan hendaklah diberi kesedaran bahawa hukuman dera itu adalah dibuat untuk kepentingan dan kebajikannya sendiri.


Hukuman Dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan ringan dan pukulan rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di bahagian punggung yang dilapik dengan pakaian. Guru Besar mestilah mencatatkan hukuman dera yang dikenakan dalam satu buku rekod khas dan menyatakan bilangan pukulan yang dikenakan, bahagian anggota dirotan ( tapak tangan atau punggung ) tarikh dan tandatangan Guru Besar dan seorang Guru yang menjadi saksi.


Hukuman Rotan merupakan salah satu pilihan hukuman yang boleh dibuat oleh Pengetua dan Guru Besar bagi mengawal disiplin murid di sekolah.


Hukuman ini yang kadang-kadang dilihat sebagai keterlaluan oleh sesetengah pihak, namun ianya masih diperlukan dalam keadaan-keadaan tertentu.


Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ( 1979 ) juga telah memperakukan hukuman ini di mana dalam Perakuan 76 jawatankuasa tersebut menjelaskan ; No. Perakuan 76 ;


Adalah diperakukan bahawa :


( a ) Langkah-langkah yang positif hendaklah diambil untuk menyemai dan mengawas disiplin murid-murid di sekolah dengan melibatkan semua guru, dan bukan setakat Guru-Guru pengawas disiplin dan pengawas murid-murid sahaja.


( b ) Hukuman Dera kepada murid-murid seperti merotan hendaklah dikekalkan.


Guru Besar dan Guru-Guru lain yang tertentu diberi kuasa untuk merotan.


Di samping itu Guru-Guru tersebut hendaklah diberi garis-garis panduan dalam menggunakan hukuman dera serta cara dan bila hukuman itu boleh dikenakan.


Bagi menjelaskan lagi tatacara yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan hukuman rotan, peruntukan dalam Peraturan 4 , 5 ( 1 ) dan 5 ( 2 ) serta ( 6 ), Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang digubal di bawah Ordinan Pelajaran 1957 perlu dirujuk.


Peraturan 4 , memperuntukkan ; “ Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas Guru-Guru dan murid-murid sekolah itu. ”


Peraturan 5 ( 1 ), memperuntukkan ; “ Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, Guru Besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat :


Dengan syarat bahawa –


( a ) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang ; dan


( b ) hukuman dera kepada murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah dijalankan hanya oleh Guru Besar atau pun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.


Peraturan 5 ( 2 ), pula memperuntukkan ; “ Satu rekod mengandungi semua hukuman yang dijalankan di bawah perenggan ( 1 ) hendaklah disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh Pendaftar. ”


Peraturan 6, memperuntukkan ; “ Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu; tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun Guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu:


Dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana orang selain daripada guru berdaftar. ” 


10.0 RUMUSAN


Berdasarkan kepada penjelasan di atas, dapatlah dirumuskan kuasa dan tindakan merotan seperti berikut ; Pengetua dan Guru Besar mempunyai kuasa bagi mengawal organisasi sekolahnya dan bagi menentukan disiplin, mereka mempunyai kuasa menjalankan hukuman rotan kepada murid di sekolahnya.


Oleh yang demikian juga mereka adalah bertanggungjawab sepenuhnya dan memastikan usaha-usaha dijalankan bagi meningkatkan lagi mutu disiplin di sekolah masing-masing.


Dalam melaksanakan hukuman rotan, pengetua atau guru besar dan guru-guru yang diturunkan kuasa hendaklah sentiasa menyedari bahawa merotan adalah sebahagian daripada proses pendidikan.


Tindakan yang dikenakan mestilah difahami sebagai alat untuk mendisiplinkan murid dan bukan sebagai alat yang akan merosakkan fizikal dan mental murid.


Hukuman Dera yang dimaksudkan oleh peraturan ini hanya melibatkan hukuman rotan sahaja.


Hukuman ini menggunakan rotan yang ringan.


Hukuman rotan tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan.


Ini bermakna apa-apa bentuk deraan yang lain seperti menampar, mencubit, menumbuk, mengetuk dengan tangan atau menggunakan pembaris atau lain-lain alat atau lain-lain tindakan seumpamanya adalah tidak dibenarkan sama sekali di bawah peraturan ini. 


Hukuman rotan tidaklah boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan perlu mematuhi peruntukan seperti dalam peraturan yang disebutkan di atas.


Hukuman rotan hendaklah seboleh-bolehnya dilakukan sendiri oleh Pengetua dan Guru Besar kerana merekalah orang yang diberi kuasa membuat keputusan terhadap hukuman tersebut.


Walau bagaimanapun Pengetua dan Guru Besar masih boleh menurunkan kuasa tersebut kepada guru-guru lain yang berdaftar dan perlu mematuhi tatacara yang telah ditetapkan.


Tempat yang boleh dirotan hanya melibatkan tapak tangan dan punggung yang berlapik dengan pakaian.


Ini bermakna kawasan lain daripada dua tersebut tidak dibenarkan.


Pengetua, Guru Besar atau guru-guru yang diturunkan kuasa dalam melaksanakan hukuman tersebut hendaklah melaksanakan hukuman ini bukan berdasarkan rasa marah dan dendam tetapi untuk memberi pengajaran bahawa setiap kesalahan ada hukumannya.


Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses Pengajaran dan Pembelajaran adalah dilarang. 


Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah serta menimbulkan kesan negative terhadap perkembangan keperibadian murid berkenaan.


Hukuman rotan hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang guru sebagai saksi.


Hayunan rotan hendaklah dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi paras bahu orang yang melaksanakan hukuman supaya tidak melukakan kulit murid itu.


Selepas mengenakan satu rotan, orang yang melaksanakan hukuman hendaklah mengangkat rotan dan tidak menariknya.


Sekiranya pengetua atau guru besar hendak menurunkan kuasa kepada guru lain dalam melaksanakan hukuman rotan, maka surat penurunan kuasa hendaklah dikeluarkan kepada guru tersebut.


Hukuman Rotan bukanlah merupakan satu-satunya pendekatan untuk mendisiplinkan murid.


Ia hendaklah digunakan sebagai langkah akhir setelah semua usaha membimbing dan kaunseling telah dilaksanakan.


Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia

PROSEDUR GANTUNG DAN BUANG SEKOLAH

PROSEDUR GANTUNG DAN BUANG SEKOLAH MENGIKUT PERATURAN 4 DAN 8 PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959


1. Tujuan


1.1 Tujuan kertas ini ialah untuk menjelaskan tatacara gantung dan buang sekolah mengikut Peraturan 4 dan 8, Peraturan-Peraturan Pelajaran Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/59, bertarikh 20.2.1959, Ordinan Pelajaran 1957.


2. Latar Belakang


2.1 Banyak Pengetua dan Guru Besar yang kurang jelas mengenai perlaksanaan tatacara tindakan disiplin sekolah dengan hukuman berat terhadap murid mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa sekarang.


3. Peruntukan Undang-Undang


3.1 Undang - Undang yang berkaitan bagi mengendalikan kes-kes perlanggaran disiplin di sekolah-sekolah ialan Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, yang telah diwartakan sebagai LN 61/59 bertarikh 20.2.1959. Mengikut peraturan tersebut, Kerajaan telah memperuntukkan melalui Peraturan 4, bahawa pihak berkuasa disiplin di sekolah ialah Guru Besar / Pengetua. Peraturan 4 yang berbunyi seperti di bawah ini menegaskan kuasa disiplin tersebut adalah di tangan Guru Besar / Pengetua.“4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid sekolah itu.”


3.2 Kerajaan juga memberi kuasa menggantung dan membuang murid dari sekolah kepada Guru Besar / Pengetua. Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 seperti di bawah ini menjelaskan peruntukan tersebut. “8. Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati Guru Besar sesebuah sekolah :


a. sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya ataupun dibuang sekolah;


4. Implikasi Peruntukan Undang-Undang Mengikut Peraturan 4 dan Peraturan 8.


4.1 Adalah jelas dari kedua-dua peraturan ini, iaitu Peraturan 4 dan 8 Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, bahawa pihak berkuasa disiplin ke atas murid ialah Guru Besar / Pengetua. Tegasnya hanya Guru Besar / Pengetua sahaja di bawah peraturan tersebut yang diberi kuasa menggantung atau membuang murid dari sekolah apabila beliau berpuas hati bahawa demi untuk mengekalkan disiplin dan ketenteraman di sekolah seseorang murid itu patut menerima hukuman sedemikian. Ini bermakna tidak ada kuasa lain selain Guru Besar / Pengetua di sesebuah sekolah dari segi menjatuhkan hukuman menggantung dan membuang murid dari sekolah.


4.2 Adalah di luar kuasa undang-undang jika penggantungan atau pembuangan pelajar dari sekolah diputuskan oleh Lembaga Disiplin ataupun Jawatankuasa Tatatertib Sekolah. Peraturan 4 dan 8 tidak memperuntukkan mengenai kewujudan Lembaga Disiplin Sekolah. Maka itu Guru Besar / Pengetua hendaklah tidak terikat dengan pandangan atau nasihat Lembaga Disiplin sekolah. Dengan perkataan lain keputusan menggantung atau membuang pelajar dari sekolah hendaklah keputusan Guru Besar / Pengetua sendiri.


4.3 Jika keputusan menggantung atau membuang murid adalah merupakan keputusan hasil nasihat dari Lembaga Disiplin Sekolah maka keputusan yang dibuat itu `void and of no legal effect.’ Sebarang keputusan penggantungan atau pembuangan pelajar tersebut jika dicabar di mahkamah maka ianya tidak boleh dipertahankan.


4.4 Secara tegas juga Peraturan 4 dan 8 berkehendakkan surat-surat tindakan tatatertib gantung atau buang sekolah ditandatangani sendiri oleh Pengetua / Guru Besar.


4.5 Keperluan-keperluan “teknikal” yang lahir dari peruntukan undang-undang berdasarkan Peraturan 4 dan 8 perlu diberi perhatian sewajarnya dan begitu juga bagi setiap prosedur dan surat-surat tatatertib yang dikeluarkan kepada tertuduh. Jika prosedur dan tatacara yang sepatutnya tidak dipatuhi, keputusan hukuman jika dicabar di mahkamah , ianya sukar dipertahankan.


5. Perkara-Perkara “Teknikal” yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan Peraturan 4 dan 8. 


5.1 Setiap aspek teknikal hendaklah diberi perhatian sewajarnya semasa melaksanakan tindakan disiplin gantung dan buang sekolah.


5.1.1 Gantung sekolah mengikut Peraturan 8 membawa maksud sebagai hukuman disiplin ataupun sebagai membolehkan siasatan lanjut sesuatu kes dibuat sebelum keputusan hukuman disiplin dijatuhkan.


5.1.2 Bagi kedua-dua keadaan ini prosedur yang berlainan hendaklah dipatuhi.


5.1.3 Tindakan disiplin buang sekolah pula adalah langkah terakhir setelah kegagalan langkah-langkah tatatertib terdahulu, termasuk sesi kaunseling yang kesemuanya sepatutnya mempunyai dokumentasi lengkap dan teratur.


5.2 Surat tatatertib apabila dikeluarkan hendaklah mengandungi nama tertuduh yang rasmi mengikut kad pengenalan, nombor kad pengenalan ( atau jika tiada kad pengenalan, memadai nombor surat beranak ) dan kelas beliau belajar, agar surat itu tidak dipertikaikan kesahihannya. Maklumat-maklumat ini seharusnya sama seperti dalam jadual kedatangan sekolah.


5.3 Setiap surat tatatertib hendaklah jelas dan tepat dari segi waktu kejadian, tarikh kejadian tempat berlaku dan mereka yang terlibat dengan saksi-saksi yang boleh dipertanggungjawabkan. ( Dalam perkara ini Pengetua / Guru Besar sewajarnya mendapatkan laporan bertulis yang lengkap mengenai kejadian tersebut sebelum keputusan diambil ).


5.4 Peraturan sekolah yang bertulis yang dilanggar hendaklah dinyatakan dengan jelas mengikut bab atau seksyen yang berkenaan. ( Ini bermakna semua Pengetuan / Guru Besar harus melaksanakan saranan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 yang bertarikh 4.11.1975 mengenai perkara ini ).


5.5 Peruntukkan undang-undang mengikut peraturan 4 dan 8 Peraturan- Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 hendaklah dirujuk bagi setiap kes.


5.6 Oleh kerana hanya Pengetua atau Guru Besar sahaja yang boleh menggantung atau membuang murid dari sekolah maka surat-surat tatatertib berkaitan hendaklah ditandantangani oleh Guru Besar / Pengetua.


5.7 Setiap surat tatatertib hendaklah disalinkan kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah, Pegawai Pendidikan Daerah berkenaan dan ibu bapa / penjaga tertuduh.


5.8 Peruntukkan undang-undang bagi ibu bapa / penjaga untuk membuat rayuan di atas hukuman tatatertib yang dikenakan terhadap anak / jagaan hendaklah dimaklumkan dengan jelas.


5.9 Setiap surat tatatertib hendaklah diakui terima oleh tertuduh dengan dua orang saksi. Salinan surat kepada ibu bapa atau penjaga hendaklah mengikut prosedur yang sama.


5.10 Setiap murid yang akan dihukum hendaklah diberi peluang didengar dan membela diri bagi setiap pertuduhan. Hukuman tidak boleh dilaksanakan tanpa murid itu diberi peluang memberi pembelaan dirinya. Tempoh beliau menjawab pertuduhan hendaklah tidak kurang daripada 14 hari.


5.11 Sesuatu kesalahan disiplin apabila telah dijatuhkan hukuman, murid itu tidak boleh dihukum sekali lagi atas kesalahan yang sama. Contohnya seorang murid telah dihukum rotan oleh guru disiplin atas kesalahan mencuri. Pengetua / Guru Besar tidak boleh pula menggantung atau membuang murid tersebut atas kesalahan yang sama.


6. Keperluan menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Dalam Setiap Kes Gantung dan Buang Sekolah.


6.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Bil. 4 Tahun 1991 bertarikh 19.5.1991, menegaskah supaya Pengetua / Guru Besar atau Penolong Kanan dikehendaki dengan serta-merta melapor segala kejadian yang tidak diingini seperti perlanggaran disiplin pelajar yang berat. Kes gantung dan buang sekolah sering menjadi berita dalam surat khabar. Oleh itu selepas pihak-pihak berkenaan dihubungi dengan telefon, laporan bertulis hendaklah menyusul kemudian dengan segera.


7. Contoh -contoh surat tindakan tatatertib dan carta aliran prosedur tatatertib dengan hukuman berat :


Untuk dijadikan panduan yang lebih jelas, dan supaya tidak berlaku kesilapan-kesilapan teknikal semasa mengambil tindakan disiplin gantung dan buang sekolah dokumen-dokumen berikut perlu disertakan dan diteliti :


7.1 Lampiran A : Ordinan Pelajaran 1957,Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.


7.2 Lampiran B : Contoh surat pertuduhan gantung sekolah sebagai hukuman tatatertib.


7.3 Lampiran C : Contoh surat keputusan gantung sekolah sebagai hukuman tatatertib.


7.4 Lampiran D :Contoh surat gantung sekolah utk tujuan siasatan hingga tindakan disiplin selesai.


7.5 Lampiran E : Contoh surat pertuduhan dengan tujuan buang sekolah sebagai hukuman.


7.6 Lampiran F : Contoh surat keputusan tindakan tatatertib buang sekolah mengikut peraturan 8


7.7 Lampiran G : Carta aliran prosedur tindakan gantung sekolah sebagai hukuman.


7.8 Lampiran H : Carta aliran prosedur tindakan disiplin gantung pelajar utk tujuan buang sekolah.


7.9 Lampiran I : Carta aliran prosedur tindakan disiplin buang sekolah.


7.10 Lampiran J : Contoh Surat Akuan Terima.


8. Penutup


Adalah diharapkan Pengetua dan Guru Besar selepas ini akan dapat menguruskan tindakan disiplin gantung dan buang sekolah dengan lebih kemas dan teratur.

Monday, 26 December 2011

Pekeliling Ikhtisas: Hal Ehwal Murid

Subjek
Fail
Bil.
Tarikh
Kategori
Surat Pekeliling Ikhtisas No.5/1969 Kemasukan Kanak-kanak dari Singapura/Seberang Laut ke Sekolah Bantuan Penuh Kita
5
25/11/1969
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1969 Kemasukan Kanak-kanak dari Singapura ke Sekolah-sekolah Bantuan Penuh Kita
4
25/03/1969
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1971 Pakaian Seragam Sekolah-sekolah
3
12/10/1971
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1972 Mengatasi Masalah Keciciran
3
17/03/1972
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/1975 Kemasukan Murid-murid Warganegara ke Sekolah-sekolah Suwa Yang Dikhaskan Untuk Murid-murid Dagang (Expatriate)
5
25/09/1975
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1975 Menyanyi Lagu Kebangsaan/Lagu Negeri dan Mengibar Bendera Persekutuan/Bendera Negeri di Sekolah-sekolah/Maktab-maktab Perguruan
8
08/09/1975
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1975 Disiplin - Murid-murid Menghisap Rokok
6
05/09/1975
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6A/1975 Salahguna Dadah - Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar
7
05/09/1975
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1975 Nyanyian Lagu Kebangsaan
4
30/05/1975
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.11/1976 Mengharamkan Semua Jenis Permainan Judi Di Sekolah-Sekolah
11
09/10/1976
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1976 Jualan Makanan dan Minuman Di Kantin-kantin Sekolah Untuk Murid-murid Berbilang Agama
7
26/07/1976
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1976 Panduan untuk Menjaga Kesihatan Murid dan Kebersihan di Kantin Sekolah
6
07/05/1976
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/1976 Kemudahan Bilik Untuk Perkhidmatan Panduan Pelajaran Dan Kerjaya
5
05/05/1976
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1976 Pakaian Seragam Sekolah untuk Murid-murid Sekolah Menengah - Pindaan
4
10/03/1976
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1976 Potongan Rambut Murid-murid
2
07/01/1976
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1976 Pameran/Ceramah Pencegahan Penyalahgunaan Dadah di Sekolah-sekolah
1
05/01/1976
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1977 Menganjur Dan Menjual Loteri Di Sekolah-Sekolah
9
03/10/1977
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1977 Bacaan Doa Mengikut Agama Kristian Di Sekolah-Sekolah Misyen
8
27/09/1977
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1977 Kemudahan Untuk Murid-murid Islam Sekolah Menengah Menunaikan Sembahyang Jumaat
1
28/01/1977
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1977 Pakaian Murid-Murid Perempuan Di Sekolah-sekolah Menengah Bantuan Penuh/Kerajaan
2
28/01/1977
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/1978 Pakaian Seragam Sekolah-Sekolah
12
30/12/1978
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1978 Kad Rekod Persekolahan (Pupil's Cumulative Record Card)
9
07/07/1978
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1978 Penambahan Syarat-syarat Perlaksanaan Kepada Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1976 Mengenai Jualan Makanan Dan Minuman Di Kantin-Kantin Sekolah Untuk Murid-Murid Berbilang Agama
6
16/06/1978
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1978 Acara Suaikenal Di Sekolah-sekolah
4
02/05/1978
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/1979 Perkhidmatan Kebajikan Sekolah
5
01/08/1979
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1979 Laporan Murid-murid Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan
2
26/03/1979
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1981 Kebersihan Di Sekolah-sekolah
4
16/09/1981
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1981 Jualan Makanan dan Minuman Di Kantin-kantin Sekolah Untuk Murid-murid Berbilang Agama
1
05/02/1981
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1982 Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan SRP dan SRP/LCE ( Sarawak ) bagi Murid-murid Tingkatan 3 - Garis Panduan
3
18/09/1982
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1982 Kempen Anti Denggi Di Sekolah-sekolah
2
21/08/1982
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983 Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran
8
07/11/1983
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1983 Larangan Bermain Bahan-bahan Letupan
6
23/04/1983
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1983 Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan Murid-murid Sekolah
7
11/04/1983
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1983 Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-Sekolah
1
25/02/1983
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1983 Kantin Sekolah
2
03/02/1983
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1985 Pakaian Seragam Murid-murid Sekolah (Pindaan)
8
22/11/1985
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1988 Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah
8
01/03/1988
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1988 Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD)
3
03/02/1988
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.14/1989 Kebersihan Sekolah
14
28/12/1989
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.13/1989 Pengurusan Hari Pertama Persekolahan
13
13/12/1989
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1989 Rancangan Kesihatan Sekolah
2
07/01/1989
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1992 Pemakaian Tudung/Mini Telekung Bagi Pelajar-Pelajar Perempuan
3
14/03/1992
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1993 Pakaian Seragam Sekolah
6
03/06/1993
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1993 Lapor Kepada Polis Salahlaku Yang Berbentuk Jenayah
3
15/02/1993
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995 MENANGANI MASALAH PONTENG DI SEKOLAH
6
05/09/1995
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1995 KERACUNAN MAKANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH
5
02/08/1995
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1996 Pelaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman Di Sekolah
4
03/09/1996
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1996 Sikap Mengutamakan Keceriaan Dan Kebersihan Di Kalangan Pelajar
1
13/02/1996
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1997 Amalan Kebersihan Di Sekolah 1998 – 2000
6
09/07/1997
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1997 Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok
4
22/05/1997
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997 Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok
5
22/05/1997
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 21/1998 Persediaan Menghadapi Bencana Alam
21
11/09/1998
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1998 Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan
7
01/04/1998
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1998 Menjaga Kesihatan Pelajar Di Sekolah
6
31/03/1998
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/1999 Penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan dan Aktiviti Yang Diperakukan Oleh Kementerian Pendidikan
12
23/12/1999
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1999 Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi Dan Balik Sekolah
8
10/06/1999
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1999 Penganjuran Program Motivasi Di Sekolah
2
09/03/1999
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1999 Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan
4
09/03/1999
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/2000 Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan
12
28/07/2000
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.11/2000 Membanteras Jenayah Di Kalangan Murid Sekolah
11
05/07/2000
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 Menangani Masalah Keselamatan, Dadah Dan Gengster
6
14/03/2000
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/2000 Mencegah Kebakaran Di Sekolah
7
14/03/2000
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2001 Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT Kementerian Pendidikan
11
26/09/2001
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2001 Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif
9
23/07/2001
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001 Pemantapan Pengurusan Disiplin Di Sekolah
8
19/07/2001
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2001 Peringatan Mengenai Pengaruh Negarif Cybercafe dan Pusat Permainan Video Terhadap Murid-Murid Sekolah
6
06/06/2001
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2001 Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks Skim Pinjaman Buku TEks (SPBT) Kementerian Pendidikan
4
24/05/2001
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2001 Pindaan Bagi Para 2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/1998 Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Serta Umur Menduduki Peperiksaan Bagi Sek. Kerajaan,Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta
3
22/03/2001
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2002 Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan
5
01/08/2002
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2002 Pelaksanaan Program Sekolah Selamat
4
14/06/2002
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 KUASA GURU MEROTAN MURID
7
29/10/2003
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2003 PINDAAN PELAKSANAAN BORANG PENENTUAN KELAYAKAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS SPBT 1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN
2
28/07/2003
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2003 KE ARAH MEMBUDAYAKAN NILAI BERTERIMA KASIH
3
28/03/2003
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2004 Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah
3
11/03/2004
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2005 Rancangan Integrasi Murid-murid untuk Perpaduan (RIMUP)
10
23/12/2005
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2005 PINDAAN SYARAT KELAYAKAN MEMINJAM BUKU TEKS SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
7
30/11/2005
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2005 Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Taulan dan Garis Panduan Bahan Pakej Pembelajaran Kendiri
5
20/07/2005
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2005 Memantapkan Budaya Membaca di Kalangan Murid Sekolah
1
12/05/2005
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2006 Garis Panduan Pelaksanaan Borang Maklumat Murid bagi Tujuan Agihan Bantuan Kepada Murid Warganegara Malaysia di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
8
21/08/2006
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2006 Pemantapan Pelaksanaan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) Bagi Semua Murid Pra Sekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Sekolah-sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
6
30/05/2006
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2006 Pembatalan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2005 - Garis Panduan Penggunaan Telefon Bimbit oleh Murid Sekolah Bertarikh 23 Disember 2005
1
20/01/2006
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2007 Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Bimbingan Taulan
3
30/01/2009
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2007 Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia
9
26/09/2007
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2007 PINDAAN SYARAT KELAYAKAN MEMINJAM BUKU TEKS DI BAWAH SKIM PINJAMAN BUKU TEKS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
11
26/09/2007
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2007 Garis Panduan Lawatan Murid
5
06/06/2007
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2009 Langkah-langkah Keselamatan Semasa Mengikuti Aktivit/Program Lawatan di Luar Waktu Persekolahan
8
17/11/2009
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2009 Penubuhan Jawatankuasa Bencana di Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah
9
17/11/2009
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2009 Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah
2
25/03/2009
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2009 Kemasukan Kanak-kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen ke Sekolah
1
11/03/2009
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2010 Pemansuhan Sewaan Kedai/Premis Koperasi Sekolah Malaysia Mulai tahun 2011
10
24/08/2010
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2010 Garis Panduan Mencegah dan Menangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid di Sekolah
8
29/07/2010
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2010 Pelaksanaan Program Pelalian Human Papilloma Virus (HPV) Kebangsaan Untuk Murid Perempuan Tingkatan 1 di Sekolah Kerajaan, Sekolah Swasta dan Sekolah Antarabangsa Seluruh Negara
6
15/04/2010
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2010 Pelaksanaan Sistem Pilihanraya Ketua Murid di Sekolah-sekolah
5
12/02/2010
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2010 Pelaksanaan Ujian Urin Murid Sekolah
4
08/02/2010
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2011 Pengurusan Keselamatan Murid Di Sekolah
8
28/06/2011
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2011 Pelaksanaan Standart Operating Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan Dan Menangani Isu Disiplin Murid
7
28/06/2011
Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2011 Peraturan Berkenaan Rambut Dan Pemakaian Steel Bangle (KARA) Oleh Murid-Murid Keturunan Sikh
3
27/04/2011
Pekeliling Ikhtisas